Saturday 27 April 2013

new world...

           My first time to be bloggers start today..nope,it was a second time,,but I think this will be forever,,hehehheh..Apa yang hendak dibicarakan lanjut erk??hurm,mcm nielah..Mulakan dengan memperkenalkan diri saya..hehehhe..Nama saya Safinaz Binti Abu Baka..Berasal dari Sarawak..Sekarang ni menuntut di KSKB,Kuching sebagai paramedic trainee..Hurm,bercerita tentang ini membuatkan saya terkenangkan cita - cita lama..hasrat lama,,tetapi terpaksa ditunda seketika atau dilupakan sahaja demi bonda dan ayahanda tercinta..
     
       Kemasukan ke KSKB membawa cerita baru dan berlainan dari dunia saya sebelum nie..nie dunia kematangan saya..Dunia yang mengajar saya tentang erti dewasa..dunia yang mengajar saya untuk menghargai peluang,dunia yang mengajar saya erti persahabatan,dunia yang mengajar saya menghargai apa yang disekeliling saya,keluarga,kawan-kawan,pengajar,saudara-mara,jiran,dan pesakit saya..Dan bagi wanita yang tak pernah mengenali apa itu erti cintakan seseorang,disinilah ianya berubah..Saya mula mengenal dan merasainya.Tetapi rasanya pada orang yang salah kot..heehheehe..

       Alahai,alangkah mudahnya jika saya mula serius menulis blog dari dulu lagi..Tetapi anda pasti merasa bosan kot sebab apa yang saya tulis semestinya suka duka saya,perihal diri saya harian,keluarga saya,kawan-kawan,pendek kata memang tentang sayalah..Tetapi sejujurnya disini saya ingin berkongsi segala-galanya tentang diri saya dan juga tentang anda..dan sekaligus mengembangkan cara penulisan saya..heheheh..ngantok dah,hurm final exam dah nak dekat,nak gi praktikal lagi,busy dengan program KIK lagi dan yang paling tak bestnya saya terpaksa melupakan hobi saya,dunia saya satu ketika dahulu..Petanque..Mana mungkin kan saya melupakan sukan itu begitu sahaja,sukan yang membawa makna,n nama besar bagi saya..Agak keterlaluan mungkin tetapi sukan itulah yang menaik kan nama saya dan negeri Sarawak bila saya berjaya memenangi pemain terbaik untuk peringkat kebangsaan..Saya Sarawakian pertama yang memenanginya..Alhamdullillah.nanti kita sambung..Good nite,,